SELAMAT DATANG! RAJIN-RAJIN LAH FOLLOW YEE.. :) ­ ­

Wednesday, June 22, 2011

PENGERTIAN SAHABAT,TEMAN ,RAKAN, KAWAN DAN KENALAN

Sebenarnya dalam hal berkawan kita bahagi kepada 4 bahagian.
1. Sahabat
2. Teman
3. Rakan
4. Kawan

Bila kita kenal dimana letaknya seseorang itu dari 4 bahagian di atas....kita akan kenal sapa yg baik & sapakah musuh. Nanti aku citer beza keempat-empatnya. Masa tu kita letak la diri kita dimana yg selayaknya...

1.Sahabat: dizaman Rasullulah, mereka yg rapat kepada baginda dipanggil para sahabat, kenapa? Sebab maksud sahabat ialah mereka yg sanggup berkorban nyawa, harta, mempercayaai, mengenal penampilan luar & mengambilkira penampilan dalam. Sentia...sa membantu ketika diperlukan & amat mempercayai sama lain. Harta, nyawa, kehidupan dan segalanya diletakkan ditempat kedua, kerana persahabatan itu yg TERUTAMA!! Adakah kita dikalangan seorg sahabat?? Klu rasa tidak....kita pergi ke pilihan ke dua...

2.Teman : siapakah yg layak dipanggil teman?? Teman adalah org yg memahami diri kita luar dan dalam, tetapi.....tak mengenal perasaan kita. Teman adalah org yg selalu membantu, ketika susah, tetapi masih ada limitnya. Teman juga adalah org yg... rapat ngan kita dan mungkin menyimpan rahsia hidup kita, sentiasa bersama kita tetapi mcm tadi, tetap ada limitnya....dan limit inilah yg membelenggu teman dari menjadi sahabat. Kekurangan teman adalah....mereka tidak percaya kita sepenuhnya & selalu membuat kita tertanya2.....klu anda rasa anda tak termasuk lam golongan ni....sila pergi ke no 3

3.Rakan : kita menganggap mereka ini sebaik org yg rapat dengan kita, tetapi sebenarnya, itu cuma perasaan kita!! Mereka ini selalunya adalah oportunis!! Atau penunggu peluang, bila kita berharta, terkenal, hebat....mereka rapat dgn kita, tap...i jika kita sebaliknya, mereka masih bersama kita, cuma taraf kita dimata mereka semakin rendah...itulah rakan, opportunis adalah mereka2 ini. Kalau anda rasa anda bukan....sila ke no 4

4.Kawan : kawan cuma mengenal luaran & penampilan kita sahaja. Segala gelodak dalaman kita, mereka hanya mendengar dan cuba utk simpati, tetapi hanya beberapa detik kemudian, rasa simpati itu hilang & diganti dgn perasaan menyalahkan kita pul...a. Tindak tanduk yg bernama kawan susah dikaji & dinilai, hari ni baik, esok bermasam muka. Hari ni ketawa, esok menjauhkan diri dari kita. Kawan adalah dari tafsiran yg bermaksud "hanya seketika".....dan itulah kawan. Kalau masih tak termasuk....kita ada satu lagi pilihan iaitu....yg ke-5!!

Yg kelima ada lah kenalan!!! Dan kebanyakkan kita berada di sini!! Kita kenal seseorg tapi cuma setakat itu sahaja, kita suka dengar cerita, tapi itu pun cuma setakat itu sahaja!! Kenalan akan mendengar & bercerita & berkongsi...tapi hanya ...ketika itu sahaja....seketika kemudian dia akan lupa semula tetapi masih tetap menjadi peneman kita....so....adakah kita termasuk lam golongan ini?? Jawapannya ada lam diri sendiri...dimana kita nak membentuk cara perhubungan sesama kita...





No comments:

Post a Comment