SELAMAT DATANG! RAJIN-RAJIN LAH FOLLOW YEE.. :) ­ ­

Tuesday, March 1, 2011

TeMaNkU

Teman , ku terasa kuat tetapi temanmu tidak tahu sejauh mana diri mampu mengawal hati ini. Teman..seperti dirimu, sahabat ini takut api neraka. Sahabatmu sudah minta ia pergi jauh-jauh tetapi ia begitu degil dan tidak mahu berganjak. Baiknya, sokongannya ditakuti akan membawa masalah jiwa yang menyebabkan sahabatmu ini kembali tersungkur. Mohon kekuatan daripadaNya. Teman..sahabatmu ini begitu bahagia dengan kehidupan sekarang. Hati yang sentiasa cuba untuk dibersihkan. Mata yang mudah untuk mengalirkan airnya dihadapan kekasihnya. Moga dikau dapat mendoakan sahabatmu ini agar Allah pelihara sampai akhirnya. Akhiru kalam..renung-renungkan wahai teman..jadilah seperti mana dikau yang dahulu..jangan berubah..letakkan Allah di tempat tertinggi..hanya Allah dan untuk Allah..segalanya Allah..hidup dan mati hanya untuk Allah..penyerahan diri hanya kepada Allah. Moga kitakan sama-sama dapat mencapai apa yang pernah kita impikan dalam mengejar impian sendiri. Pesan buat dirimu jua diriku yang sering lupa..wallahualam.

No comments:

Post a Comment